Saturday, April 24, 2010

Plan B untuk masa depan?

Semua orang nak berjaya dalam akademik, kan? siapa yang tak mahu lulus cemerlang? Dapat berderet huruf A dalam slip... Dapat pointer yang tinggi... Dapat markah yang tinggi... Tapi, tak semua orang boleh berjaya dalam akademik. Sebabnya, diorang dianugerahkan kelebihan dalam bidang kemahiran. Allah itu bersifat Maha Adil. Ada yang pandai teori.. Ada yang pandai kemahiran... Ada yang pandai falsafah... tapi, ada tak kita terfikir untuk sediakan plan B andai kata kita tiba-tiba tersungkur dalam A.K.A.D.E.M.I.K?

Semalam mak bercerita dgn aku. pasal jiran depan umah nenek aku a.k.a kwn aku mase tadika dulu. kitorang panggil dyer Jo Jo. Jo Jo ni skarang jadi hair dresser u know... dia kata dia dah tak nak belajar kat sekolah lagi. so, mak dia pun masukkanlah dia kat kolej swasta selama 6 bulan utk bljr cmne nak jadi hair dresser. tau bape kosnye? RM7000 wooo..... telan liur aku dengar.uuu... tapi normallah tu....

Apa yg menarik perhatian aku ialah, plan orang Cina yg mak ceritakan. orang Cina, klu anak dia dah tak nak bljr, senang je dia buat. bagilah anak dia nak buat apa. nak jadi hair dresser? jadilah! saya hantar awak pergi bljr jadi hair dresser, then, jadilah seorang hair dresser sebagai mana yang awak mahu. Mula-mula, kerja dulu dengan orang. Then, bila dah mampu, bukalah kedai sendiri, jadi tokey! Diorang kan pandai bisnes?

Dalam pada aku terkesima dengan plan tu, rupa-rupanya mak dengan abah dah sediakan plan B untuk kitorang... mak kata, andai kata ada antara kitorang yang tak berjaya dalam akademik, diorang rancang nak buka kedai. tak kisahlah kedai apa. kedai kek? nak join francais? macam-macam boleh pilih. kelapa sawit dengan lembu2 abah pun ada.hehehe... kemudian, kita berniagalah. walaupun mungkin tak akan kaya sangat, tapi sekurang-kurangnya, taklah hidup bergantung harap pada orang atau terabai sendiri.

Mak dengan abah faham... bukan semua orang boleh cemerlang dalam akademik... mak dengan abah sendiri lepasan SPM je...tapi apa yang buat aku bangga dengan diorang ialah diorang mula kerja sebagai kerani bank sampailah sekarang dah jadi pegawai... [^_^] tapi abah dah berhenti kerja dah..hehehe..

Terharunya aku... tak sangka mak dengan abah pun ada plan B untuk kitorang... tapi, mak dengan abah mesti menaruh harapan tinggi pada aku sebab aku dah masuk U... mungkin mak dengan abah dah boleh membayangkan masa depan aku (walaupun aku sendiri blur dengan future aku). Aku tahu tu... lagi-lagi aku ni anak pertama...

So... Diba!!! u know wat to do... u know the action dat u should take... and u know ur plan B, rite?Then, go on!! Korang pun sama taw!! ^_^V

No comments:

Post a Comment