Perlu ke perkataan tu wujud? Perlu ke huruf-huruf tu bergabung untuk mewujudkan perkataan tu? Tak boleh ke kalau perkataan tu tak wujud langsung? Atau, mungkin lebih tepat lagi untuk aku soalkan di sini, tak boleh ke kalau perasaan tu tak wujud?
Budak kecik marah. Remaja yang sedang membesar marah. Orang dewasa yang memang da besar pun marah. Siapa yang tak marah?
Siapa yang TAK PERNAH MARAH???
Aku pun marah jugak. Kalau aku marah, macam halilintar. Bergegar satu rumah dengar suara aku. Agaknya jiran yang duk 40 depan belakang kiri kanan sume dengar suare aku. Haishh.. -_-''' Pastu, mak aku pulak marah aku, sebab aku cakap kuat-kuat. Haa.. Marah lagi...
Kite rase marah bila apa yang kite buat, tak pernah nak puaskan hati orang tu. Salahkah kite? kite tak sempurna. Kite pun buat silap. Semua orang buat silap. Tapi perlukah marah kite sampai camtu sekali? Tak boleh ke cakap baek-baek? Ataupun pada pandangan orang, kite ni memang takleh nak dengar kate, yang kalau cakap baek-baek memang tak nak dengar langsung, nak kene marah, kene tengking, baru la nak dengar kate? Gitu ke kite?
Marah dibalas dengan marah. Indah ke hidup ni?
Kalau marah, aku tak selalu tunjukkan. Selagi aku boleh sabar, aku sabar. Tapi bila aku da terlalu banyak bersabar sampai kesabaran aku tu tak dihargai, saat tu, hanya Tuhan je yang tahu apa aku rase. I could hit anything if I want. I could kick anything that I can. I could throw anything on my hands. Aku akan jerit sekuat hati aku. Pukul orang? Belum pernah lagi la... Kalau stakat cepuk2 adik sikit2 tu pernah la.. Pukul anak orang, maksud aku, bantai dia sekuat hati, lum pernah la... Gile ko... Bila aku terasa macam nak pukul org, aku akan tumbuk or hentak BENDA yang ada dekat dengan aku.. Dinding ke.. Buku ke.. Meja ke..
Kita tak suka kalau orang marah-marah. Sebab kalau orang marah, cakapnya kasar. Siapa suka orang yang cakap kasar? Tapi sedar tak kita, bahawa kita juga pernah berasa marah, pernah bercakap kasar. Waktu itu, kita rasa orang suka tak pada kita?
Kita tak sempurna. Orang lain pun tak sempurna.
Rasa marah, kena marah. Biasalah tu semua. 
Kecik ati weyh bile orang marah kat kite, tapi dia tak cakap kat kite. Sebaliknye dia ngadu kat orang laen. Pastu orang tu plak sampaikan kat kite. Apa, kite ni tak ada telinga ke untuk dengar apa yang dia katakan? Apa kite ni hanya mendengar kata-kata daripada orang ketiga? Agaknya la kan, apa yang orang tu rasa, kalau kesalahan yang dia lakukan tu, kite tak suke, dan kite marah kat dia, dan kitecite segala kesalahan dia kat orang ketiga? Dia rasa memalukan ke tak? Dia rase cam kite ni jaja cte buruk pasal dye ke tak? Agak-agak dye boleh bayangkan tak apa perasaan kite bila dia buat kite camtu? 
Kalau boleh, aku tak nak marah langsung. Kenapa perlu marah? Menyakitkan hati betul. Orang yang marah buat aku rasa nak marah dia semula je. Macam dah tak boleh nak cakap baek-baek. Mana pegi budaya timur kite yang katanye sopan giler tu?
Ok, mungkin aku tak bole nak marah dia semula bila dia tgh marah. Tapi aku memang rase macam nak telan orang la kalau aku cakap baek-baek, penuh kompromi, orang balas dalam ayat MARAH. Perghhh...dia punye pedih takyah cakap la.... Ibarat hulur tangan minta air tapi dibakar dgn api, kan..
M.A.R.A.H
Merosakkan hubungan. Meleraikan kasih sayang. Mencemar kesabaran. Menyakitkan zahir dan batin.
Kite marah bila orang marah kat kite. Tapi kite sedar tak yang orang pun marah bile kite marah kat dia?
Kalaulah M.A.R.A.H tu tak ada dalam erti hidup kite, mesti kite dah lame hidup bahagia. Tak perlu tengok kemarahan yang ada di sana sini. Tak perlu juga nak berasa marah atas kemarahan yang wujud tadi. Dan tak perlu susah-susah nak meredakan kemarahan yang tercipta tu.
Lebih baik kite S.A.B.A.R.
Sabar tu kan sebahagian daripada iman. Kemarahan mungkin tak boleh terus hilang dari muka bumi ni. Tapi kemarahan tu bole dikawal dengan akal yang diberi.
Maaflah, bukan aku nak marah sesiapa. Sekadar cube nak bermuhasabah diri. 
Terfikir, kenapa orang marah aku. Atau mungkin aku patut tanya, kenapa orang selalu dan suka marah aku?
Sebab aku jahat? Sebab aku tak dengar kata? Sebab aku tak cukup sempurna? Sebab aku bodoh? Sebab aku tak reti tu, tak reti ni? Sebab aku baik sangat sampai boleh dimarah-marahkan? Sebab aku suke menyakitkan hati orang? Sebab aku jarang melawan bila aku dimarahi? Adakah itu bermaksud aku boleh dimarahi sesuka hati?
Agak-agak, pernah tak orang tanya kenapa aku tak marah orang sekerap orang memarahi aku?
Atau sebenarnya aku lebih kerap memarahi orang berbanding orang memarahi aku?
Hidup ni kadang-kadang memang tak adil. Sebab itulah Allah ada untuk berlaku adil terhadap semua pihak. Allah kan Maha Adil?
Sekali lagi, aku mohon maaf. Bukan nak memprovok sesiapa. Sekadar mengutip apa yang aku jumpe di sekeliling aku untuk dicernakan. Put my self in the shoe. Think what would I see, what would I feel... 
Aku tak marah pun time tulis ni.
Cuma aku terkilan je...
 

No comments:
Post a Comment