Well, tak semestinya yang kita lihat adalah apa yang kita faham!
Apa? Tak percaya? Percayalah... sebab dunia ni ada banyak kejutan untuk kita... dan percayalah, sebahagian besar daripadanya masih belum kita ketahui lagi...
Kadang-kadang tu, kita tengok orang tu nampak macam peramah je... senyum je... Siapa tahu bila tiba satu masa, dia adalah seorang yang PEMARAH?
Siapa sangka orang yang kita nampak serius dan macam takde perasaan tu sebenarnya hatinya selembut kapas?
Awak nak percaya tak kalau saya kata orang yang nampak baik tu sebenarnya nakal? Dan yang nakal sangat tu sebenarnya sangat baik hati? Walaupun awak dah lama perhatikan orang tu?
Tak ramai yang mahu percaya.
Sebab apa?
Sebab kita hanya percaya apa yang kita nampak.
Sesetengah orang terus percaya pada apa yang dia dengar.
Tapi kita sentiasa percaya pada apa yang kita rasai, kan?
Orang kata kawan kita tu mesti baik orangnya. Peramah, sopan santun, pandai ambil hati. Tapi, kita yang merasa ni, tahulah apa perasaannya bila diperlakukan seperti yang tak sepatutnya oleh kawan kita tu.
Awak kata dia baik? Saya aje yang tahu betapa kepala anginnye dia.
Awak kata dia peramah? Awak tak pernah dengar camne dia sindir saya.
Awak kata dia sopan santun? Tengoklah bila awak nampak dia herdik saya hanya kerana kesalahan kecil.
Awak kata dia pandai ambil hati? Saya dah tak terkira dah berapa kali dia sakitkan hati saya sejak saya kenal dia.
Mesti kita ada banyak lagi nak cakap pada orang yang hanya mengenali kawan kita tu secara luaran. Tapi cukup-cukuplah tu. Nanti orang kata kita ni cemburu. Ye tak? Paling koman pun orang akan kata, "Dia ni memang suka tikam kawan dri belakang ke?"
Haishh.....
Mungkin kita selalu misjudge orang. Kita kata dia penyibuk, tapi sebenarnya dia mengambil berat. Kita kata dia ni tak pernah ambil berat tentang kita. Siapa tahu yang sebenarnya dalam diam-diam, dia tanya orang lain tentang kita? Atau mungkin kita sangka yang dia ni manis mulutnya tanpa menyedari yang dia sebenarnya seorang kaki pengampu???
Misjudge always happen...
Jangan kenal orang hanya sekadar melihat padanya. Ataupun dengar cerita tentangnya. Berkawanlah dengan dia untuk kenal siapa dia. Barulah kita boleh pertimbangan yang sesuai untuk dia.
Sekadar dengar orang kata yang 'dia' tu suka ambil kesempatan terhadap orang lain, kita dah mula jauhkan diri daripada dia. 
Cuba berkawan dengan dia. Tengok, apa buktinya yang dia ni suka ambil kesempatan. 
Dengan cara apa? 
Bila dia suka ambil kesempatan? Tak kire mase? 
Kenapa dia suka ambil kesempatan?
Ataupun sebenarnya dia memang memerlukan bantuan hingga orang salah sangka?
Ataupun dia memang mengada-ngada, tak nak berusaha,tahu nak senang je?
Sentiasalah pegang kata-kata ni - Don't Judge A Book By Its Cover.
Ok, itu fasal orang. Fasal kita? Selalu tak kita fikir apa sebenarnya tanggapan orang terhadap kita?
Jarang kita dapat dengar tanggapan orang terhadap diri kita.
Alasannya?
"Kalau cakap kang marah..."
Iyeke?
Betul juge jawapan tu.
Berapa ramai antara kita yang dah sedia untuk menerima segala-galanya tentang diri kite? Yang baik memanglah. Tapi yang buruk?
Tak ramai.
Ade yang cepat melenting.
Ade yang tak melenting, tapi bila call tak angkat, mesej tak balas, panggil tak sahut.
Bila orang berbicara tentang diri kita, kita kenela bersikap terbuka. Terimalah hakikat. Kita bukannya sempurna. Bukan semua orang suka kita. Kita pun tak mampu nak puaskan hati berbillion orang dalam dunia ni.
Lagipun, ada ramai orang di sekeliling kita ni. Setiap orang ada cara yang berbeza-beza dalam memandang kita.
Ada yang pandang orang camni : Tak kisahlah dia ni camne, asal baik hati sudaa!
Ada pulak yang camni : Dia ni baek, tapi pemalas nak mampus! tak nak aku kawan dengan dia.
Ada juga yang macam ni : Dia ni pandai, tak lokek ilmu, baik aku kawan dengan dia, boleh tiru assignment. Dia buruk siku ke, kuat bebel ke, lantaklah!
Ade aje yang macam ni : Kaya seyh.. untung-untung dia belanje aku selalu!
Yang macam ni? : Tak pakai tudung? huh, jahat!!
Banyak orang, banyak ragam....
Apa pun, jangan cepat melenting bila orang bercakap tentang kita... Sabar, cuba fikirkan... Mungkin niat dia baik, nak tegur kita. Tapi mungkin hari tu kite tersakitkan hati dia lantas dia pun maki hamun kite dengan berkata tentang keburukan kita depan semua orang?? 
Saba ea kalau ianya terjadi pada anda...
kalau ada 10 orang yang nak cakap pasal kite, bermakne akan ada 10 cara untuk disampaikan. bersedialah dengan setiap satu cara itu.
Kebenaran selalunya menyakitkan.
Tapi percayalah, dusta selalunya 10x lebih menyakitkan daripada itu.
Sekurang-kurangnye, bile kite tahu apa yang orang tak suke pasal kite, kite boleh ubah, kan?
Lepas ni, mesti ade ramai yang akan mula sukakan kite, hehehe...
Apa? Hah, dah simpan untuk buat tips pikat buah hati la tuh..Hahaha!
Sekadar untuk renungan!
Macam tu ke dia??? Macam tu ke kita???
Iye... Macam tu la gamaknye..
 

No comments:
Post a Comment