Friday, July 23, 2010

Naluri Seorang Kakak

Huwaa.. tajuk sikit punye tacing kan... hahaha! Actually hari ni aku nak berkongsi perasaan dengan korang sume. Perasaan yang seringkali hadir dalam sanubari tapi jarang sekali aku kongsi...

1. Keinginan untuk menjadi perfect

Aku tahu no body is perfect. Tapi kalau kite berusaha ke arah perfect, itupun dah cukup bagus, kan? Sebagai seorang kakak, sulung pulak tu, kalau boleh, aku ingin sentiasa tampil perfect depan adik-adik aku. Sebab aku tahu adik-adik aku menjadikan aku sebagai contoh diorang. Jadi, aku kene pastikan apa yang aku buat tu betul, don't do mistake in front of them, yang mana itu semestinya tak dapat dielak oleh aku, dan sentiasa buat perkara yang betul depan mereka. Aku perlu sangat2 menjaga attitude aku agar diorang tak persoalkan "Kau buat macam tu boleh pulak?" di saat aku tegur kesalahan diorang.

2. Frust yang menonggeng

Sebagai seorang yang caring, aku akan pastikan dua-dua adik aku tu berada dalam keadaan yang baik. Aku sentiasa mencuba yang terbaek untuk diorang. Tapi siapalah aku untuk terer dalam serba-serbi? Aku sentiasa cube bantu adik aku dengan cara yang terbaek yang aku boleh berikan kpd diorang. Tapi, bila bantuan yang aku berikan itu gagal untuk menolong mereka, aku rasa bersalah, sedih yang amat. Tak cukup lagi ke rupenye apa yang aku dah buat tu? Teruknye aku ni... bende yang simple pun aku tak bole nak berikan dengan baik???

3. Marah dan jealous yang teramat

Adatlah sebagai anak yang tua. Kejenye kene mengalah je dengan adik2 yang kecik tuh (padahal adik aku dua orang je kot, masing2 da beso da pun, hahaha). Tapi, setiap kali adik nak apa2, kalau tak dapat, mulalah dia nak ngadu kat mami and dedi kitorang tuh (sengal!). Nanti, kite yang tua ni jugaklah yang kene mengalah... Bagilah ape budak kecik yang tak sedo da beso tu nak. Tak bagi kang dia ngadu lagi. Yang kene bebel sape? Yang beso ni jugak... Kalau ada apa-apa yang tak betul kat umah tu berlaku, yang dicarinya sape? Yang kecik tu ke? Takde maknenye. Kalau something happen kat adik2 tu, memang sah-sah la yang tua ni dicarinye. Yang menolong aku, yang kene marah pun aku. Apa kes? Ingat aku ni cukup tangan ke nak jaga sume bende nak bagi perfect???

4.Penat monitor budak2 dan umah

"Diba, jage rumah. Jage adik2. Bagi adik makan kalau lapar. Buatkan susu. Jangan lupe masak nasi, lauk, sayur. Rumah sapu tau. Bilik-bilik semua sapu. Lap kabinet. Baju jangan lupe basuh, sidai. Baju yang kering tu lipatlah. Nanti adik balik sekolah, tengok-tengokkan dia. Dia nak pergi sekolah nanti tolong dia pakai baju..." BLA BLA BLA... Bapak banyak pesanan kan!! itu baru sikit. telinga ni dah letih dah mendengar bende yang sama berulang kali. Kalau satu hari tu sepuluh kali menelepon mak, sepuluh kali jugak la dia memesan bende yang sama. Sampai kadang-kadang aku rase malas sangat nak dengar. Warghhh makkkk... bukan Diba nak jadi anak derhaka, tapi mak cakap sekali cukuplah... Diba paham... BM SPM Diba kan A1....hahaha

5.Takde perasaan nak melebihkan diri sendiri

Haah, memang aku takde perasaan pun. Especially time beli barang. Aku jarang nak beli macam2 bende untuk aku cam aksesori la contohnye unless aku dah tak tahan sangat nak beli barang tuh, hahaha! Tapi bab makan, aku memang takle ikat perut la weyh! Hahaha! Setiap kali aku nak beli, aku pikir. Duit ni karang cukup tak kalau aku nak pakai kemudian? Memang aku boleh mintak kat mak dengan abah, tapi mak dengan abah pun nak spend duit untuk adik-adik tuh. Masing-masing nak bayar duit sekolah, baju, makan minum lagi. Aku kene pikir, buat apa aku nak beli bende2 banyak2 tuh, pakai jela apa yang ade, bukan takle hidup pun (cewah, ayat memujuk hati yang lara ni sebenarnye, hahaha) kang nanti kot-kot time emergency nak gune duit, at least ada gakla duit nak dipakai. Takdela duit tu habis aku buat beli bende2 mengarut yang aku tak perlukan, hahaha.... Lagi satu, papehal aku akan utamakan adik-adik aku. In fact, aku tak pikir lagi nak cari pasangan hidup ke, tunang ke, kawen ke, sebab bagi aku semua tu tak sepenting family aku. Kalau adik aku nak kawen dulu, kawen la, aku bole tolong support duit kenduri. Selagi family aku tak berada dalam keadaan yang stabil, aku sanggup kawen lambat untuk jage family aku neh.

6.Mereka Lebih Penting Daripada Aku

Kalau mak kata dia nak beli barang dia, dan barang tu quite expensive (cam jam tangan), aku agree je kalau dia nak beli, walaupun aku pun nak something (cam kasut) mase tu. Takpelah, mak aku nak beli barang untuk diri dia sendiri, dah duit dia. Aku nak beli kasut tu macam lah aku tak gune duit dia jugak, hahaha. Kalau ade sape-sape yang nak makan something yang diorang nak, eventhough mase tu aku tengah mengidam something, it's okay, makanlah, aku punya menu tu boleh makan next time, tak lari pun kedai makan yang aku nak pegi tu (aceceh, ayat pujuk hati sendiri lagi, hahaha). Ada sekali tu aku ajak abah belikan beg untuk aku. Aku mintak beg murah, dia nak belikan beg mahal. Ok, fine lah, duit dia kan, huhuhu... Pastu, kalau dah namanya abah, lelaki, design yang dia pilih mestilah ikut selere dia, agak kurang sesuaila kalau aku yg perempuan ni nak pakai. Tapi time tu aku da pegang beg yang aku nak. Bile tengok abah aku beria nak aku pilih beg tu, aku pun letak la semula beg yang aku amek tu, and amek beg yg abah aku cadangkan tuh. Tah camne tbe2 dia kata, "Eh, takpelah, ikut suka adibah la nak yang mana." Hohoho... oh abahku... anda bikin saya konpiusss... hahaha. Time aku nak isi borang UPU pun same. Mak suruh aku ami cikgu. Pulak aku minat nak jadi cikgu kan? Tapi sebab aku taknak keciwakan mak and the whole family yg nak sgt aku jadi cikgu, so aku pun amikla. Gi interviu pun sebab mak. Kalau ikutkan hati, aku tak mau! Tah macam mane, mantera apa yang mak aku pakai, dia bole detect yang aku ni mohon cikgu sebab nak jage hati dye je. Erkk!!! Dah la mase dia cakap tu hati dia cam sebak jek. Mak, mintak ampun makk... jangan nanges, Diba lari umah kang kalau mak nanges, hahaha!

Hurmm... rasenye setakat itu aje kot yang aku nak share kali ni. Nak tulis panjang2, takde idea. Nantilah, next time kite cerita ceriti agi ek? okai! Chow cin cau!!!

No comments:

Post a Comment