Thursday, May 12, 2011

pelbagai bidang dalam el ai

12 Mei 2011

Ehem ehem.. soundcheck... *bajet ade bunyi la kan, hahaha

Hari ni hari keempat cik Diba berlatihan industri. Hari ni cik Diba hepi sikit sebab ada keje nak dibuat. Memang bz ahh. Sampaikan cik Diba tak sempat nak wat blog bagai. Bace blog je sempat. Haw haw haw... ciket jew la...

Semalam cik Diba da bincang dengan cik Kakak. Pum pang pum pang bincang, cik Diba mengambil tindakan nekad untuk menukar tempat latihan industri cik Diba dari syarikat J ke jabatan V. Maka, bermula la hari cik Diba dengan membuka beg cendawan. Pastu cik Diba terus tepon orang jabatan V. Mula-mula dia kata cik Diba tak bape nak seswai la untuk ber el ai kat situ. Dia cadangkan tempat lain. Masalahnye nombor yg dia bagi tu da takle pakai. Cik Diba try jabatan M pulak. Dah pnuh la pule kan.... so, berbalik kepada jabatan V, cik Diba buat sore merayu untuk pindah ke tempat dia. Dia kata, ok bole, ada budak praktikal 5 orang da kat ctu. Pengarah suh dyorang wat research sal rusa and so on... antara bidang keje kat ctu ialah merawat ternakan, buat permanian berhadas (oke, cik Diba tatau ape tu, leh mejin ciket2, yang penting sperma dengan ovum mesti bersenyawa) and so on. Okelah tu. Kalau kawan-kawan kat jabatan M main2 dengan pokok-pokok, cik Diba kat jabatan V main2 dengan nate-nate. Haaa.. seimbang la kan? Field bio jugak la kan..

Pastu, cik Diba pun masuk. Cik Diba duduk kat meja *setelah hampir satu jam duk calling sane sini kat luar pejabat*. Baru duk kejap, En.S dpt panggilan. Pastu dia ajak cik Diba pegi anak syarikat J yg lagi satu. Haaa... da start la kot latihan industri yang sebenar. “boleh ye awak tolong saya ni?” bereh..... daripada mati kutu tade keje.

Sampai kat anak syarikat J,cik Diba pun diserahkan dengan satu peralatan yang kirenye besar sikit dari pressure cooker. Siap ade salur lagi. Dan En. S pun menyampaikan titahnye...

“awak tolong vacuum ye pejabat ni. Sekejap lagi ada pegawai nak datang.”

Dengan rase berbesar hati, cik Diba pun amek la vacuum cleaner tersebut dengan rasa berbesar hati. Mule-mule cik Diba kene kuarkan vacuum tu dari dalam kotak. Mak oii...berat sunggoh. Takpe-takpe, boleh tough kan muscle. Cik Diba pusing-pusing cari suis. Dah macam cari barang tersembunyi dah ni. Jumpe la banyak suis. Cik Diba pun vacuum. Cik Diba rase pressure sedutan vacuum ni tak bape nak kuat. Tapi cik Diba tak jumpa pressure meter dye. Oh my... bermain dengan fizik lak cik Diba. Pastu, terkial-kial cik Diba nak tarik pressure cooker vacuum tu sebab dia berat. Wah, macam nak tarik beban, kene gune tuas yang betul. Wahhh, fizik lagi weyhhh... *rasenye cik Diba amek kos Bio*. Mengape begini.... cik Diba tak minat fizik walaopon tak penah tido dalam kelas fizik...

Setelah memvakum 2 pejabat, cik Diba ingatkan da bole berehat. Rupenye kene jadi pelakon kejap. Cik Diba kene tolong berlakon buat keje untuk buatkan pejabat tu tak nampak kosong takde org sgt. Haa... cik Diba memang ade bakat berlakon. Ape lagi, heret beg, pindah jap ke anak syarikat J. Tapi sekali lagi cik Diba terpikir. Cik Diba budak bio, bukan persada seni nak berlakon-lakon.

Haishhh.

Memang sah kene tukar tempat. Maka cik Diba uruskan secepat mungkin urusan permohonan ke syarikat V. Esok pagi faks.

Mintak-mintak dapatla kat ctu kalau itu yang terbaik buat cik Diba. Ameen.

No comments:

Post a Comment