Tuesday, April 27, 2010

Single Mingle is Okay!!!

Orang selalu tanya aku, "Diba dah ada pakwe ke?" dan aku selalu jawab, "Diba single lagila..." Pastu orang selalu kata, "Eleh, tipulah! Takkanlah tak ada kot?" dan dengan rasa sengalnya aku jawab, "Iye..betul tak ada..."

Couple.

Satu perkataan yang sinonim dengan dak2 remaja. Hampir semua remaja pernah merasai couple. Aku pun pernah. Hehehe.. Dua kali... Tapi dua-dua tak kekal lama. Sebabnya? Yang pertama-orang rosakkan. Yang kedua-aku sendiri yang tak nak teruskan.

Lepas tu, ada juga yang ushar-ushar aku. Nak tau aku buat apa? Aku buat-buat tak paham, pastu aku bagi seribu alasan. hahaha! Jahat tak? Mesti korang cam pelik kenapa aku tak nak couple lagi... kenapa aku mau stay single... It's okay. Let me tell you why am I doing this...

Bila couple, kita banyak bermain dengan perasaan. Tanpa sedar, perasaan yang hadir itula yang byk mengubah kita, yang banyak memberi kesan kepada kita. Macam aku, aku bukanlah seorang yang mudah untuk asingkan perasaan aku daripada kerja. Kalau perasaan aku ok, mood aku ok, kerja aku pun ok. Tapi, kalau aku terasa dengan orang yang aku sayang, the whole day will be in disaster. Itu bagi akulah. Sebab aku jenis yang meletakkan hati aku dalam setiap kerja yang aku buat. Buat dengan sepenuh hatilah maknanya... Jadi, sebelum orang yang aku sayang sangat2 buat aku bad mood dalam tempoh yang lama, lebih baik aku jangan ada couple sebelum aku bersedia.

Bila sebut pasal C.O.U.P.L.E, mestilah kita sayang sangat2 kat couple kita tu kan? Agak tipula kalau kata tak sayang... Aku bukan jenis yang mudah nak 'beri' kasih sayang aku pada orang. Kasih sayang aku ni mahal taw... Mana bole suke2 je bagi kat orang... Bagi aku, kenapa aku nak beri kasih sayang aku yang mahal ni pada orang yg belum tentu jadi milik aku? Kalau kawan dengan family tu, lainlah cerita... Ini orang yang bakal jadi suami aku, sehidup semati dgn aku...

Aku ni jenis yang suka buat sesuatu mengikut kebebasan. Dan bila disebut KEBEBASAN, bererti aku bukanlah seseorang yang suka dikongkong kerana kongkongan menjadikan otak aku takleh nak berkembang. Bila ber'couple', lagi2 dengan couple yg suke mengongkong, aku rase macam nak seligi jek tulang rusuk dia. Awak siapa nak kongkong2 saya? Hello, ini negara bebas. Yang awak nak buat saya mcm tahanan perang awak tu kenapa? Saya ada kerja, saya ada appointment, dan saya ada komitmen. Kalau saya boleh paham keadaan awk, tolonglah faham keadaan saya. Saya belum lagi jadi milik awak, awak dah buat saya mcm ni. Klu dah jadi milik awak nnti, macam mana agaknya? Okay...mungkin awak "nak latih" saya supaya saya taat pada awak... but, hello again!! Saya ni belum jadi milik awak, awak tak ada hak ke atas saya, okeh?

Bila tengok orang yang dah lama bercinta sebelum berkahwin, dan tak lama selepas berkahwin mereka pun bercerai, aku terfikir, oh sedihnya..... Sebagai contoh, bercinta nak dekat 10 tahun, tapi perkahwinannya bertahan selama 5 tahun je... Cuba bayangkan, kalaulah time 10 tahun dia bercinta tu diorang dah kahwin, kan dah dapat rasa 15 tahun hidup bahagia bersama... kalau ada anak, da besar panjang da agaknya...

Dan... semestinya...sebab aku tak nak couple ialah couple itu haram... korang tahu tak, Yahudi buat filem pasal orang couple, tetapi hakikatnya, diorang sendiri tak bercouple. Ini ustaz aku yang cakaplah... Wallahua'lam...

Naluri menyukai dan ingin menyayangi itu lumrah manusia. Sebab itulah adanya perkahwinan dalam Islam. Dan semestinya aku memilih untuk bercinta selepas berkahwin!!

Tak salah kalau kite minat kat sape2. Tapi it's enough la yg kita tahu kita minat dia.

Ada orang kata, "Habis, kalau kite tak couple dgn dia, kita tak kenallah dia. Takkanlah kita tak kenal orang tu, tiba2 nak jadikan suami kita? Kot2 dia tu penagih dadah? hah, macam mana?"

Tak bercinta sebelum berkahwin, bukan bermaksud bila dah smpai masa nak kahwin, kita just pick up anybody tepi jalan yang kita jumpa utk jadi pasangan kita. No! Kita kan masih boleh berkawan? Berkawanlah dgn orang tu untuk mengenali dia. Tak bercinta dengan orang pun kita masih boleh mengenali dia, kan?

Janganlah terasa... Bukannya aku marah sesiapa yg couple pun.. itu terpulang pada masing2lah.. Aku cuma menyatakan kenapa aku taknak couple... Ok?

Single Mingle is Okay!!!

No comments:

Post a Comment