2 Januari 2012
Aku masih ingat tarikh tu. Tarikh bila mana
aku kehilangan seorang lelaki yang banyak jasanya membesarkan aku dari kecil
sampailah aku masuk asrama dan dah tak duduk lagi rumahnya, melainkan sekali
sekala melawat bila ada peluang balik ke rumah.
Aku masa baru je pegang buku, nak baca sebab
ada exam 4 Januari. Aku belek-belek buku aku, cari muka surat yang aku dah
tanda. Tiba-tiba adik aku telefon.
Adik : dimba!
Aku : hah, ape dia?
Adik : mak ada tepon kau?
Aku : takde.
Adik : betul takde?
Aku : takde.
Adik : aku nak bagitau ni, tapi kau jangan
nangis pulak.
Aku : hah? Kenapa?
Adik : aaa....
Aku : apa dia? Cakaplah.
Adik :
........................................................ *nak dekat seminit dia
senyap
Aku : woi! Cakaplah!
Adik : aku tak tau nak cakap macam mana!
Aku : apesal? Aush dapat naik sekolah agama
darjah 5?
Adik : itu cerita lain la ngekkk! Ini...
Tibe-tibe henpon kawan baik aku berbunyi. dia pun angkat. pastu dia bagi kat aku. dia kata mak tepon.
Aku : weh, mak tepon aku. Kejap, kejap.
Adik : okey. Kau cakaplah dengan mak. *letak
telefon
Aku pun ambil teleon dan cakap dengan mak.
Aku : hello mak!
Mak : hah, diba! Ni mak nak bagitau ni. Diba jangan sedih ea. Tok bak
dah takde.
aku rase macam kene langgar dengan lori. sesak napas kejap. sendat dada.
Aku : hah?innalillahi wa inna ilaihirrajiun
.............. aaa.. err...bila..........?
Mak : baru je tadi, diba.
Aku : (still cam blur-blur) ea...... aa......
abeh... nak pegi...?
Mak : apa, diba? Eh, tak payah. Adibah kan
tengah periksa. Adibah periksa dulu. Tak payah balik ea. Doakan tokbak je dari
jauh ea. *henpon lagi satu terlepas dari tangan
Aku : aa....oke...oke..... ye.....
Mak : okey diba ea? Mak nak pegi umah maktok
ni. Nanti kita cakap lagi ea. Assalamualaikum.
Aku : aaa.... waalaikumsalam. *letak telefon
Jah sengih-sengih, tak expect pape. Mungkin sebab
suara mak aku bukan suara orang menangis. Tapi suara orang redha.
“nape?” cam biasa, Jah akan tanya.
“tokbak dah takde....” aku jawab antara keluar
tak keluar suara aku, tapi Jah dengan Pizah yang duduk dalam bilik tu dengar.
Masing-masing terkedu. Aku lagilah terkedu. Aku
terbayang, maknanya,pasni bila aku balik johor, aku gi umah maktok, tokbak
takde lagi la ea? Maknanya, kalau aku telefon, dah takde suara serak tokbak
yang angkat telefon lagi la ea? Kalau aku datang umah, dah takde tokbak yang
nak bukakkan pagar yang berkunci la ea? Pasni, da takde tokbak la yang sambut
kitorang, lagi-lagi aku yang jarang-jarang balik ni? pasni takde lagilah tok bak yang ketawa setiap
kali kitorang tiga beradik datang riuh-rendah cam budak-budak kecik nak salam
dia? takde la atuk aku yang selama ni setiap kali aku balik, dia akan tanya “lepas
ni kau nak kerja dekat mana? Tok bak dengar dekat jb ada syarikat bioteknologi.
Kau kerjalah kat situ.” Atau kat mana-manalah yang ada kaitan dengan sains
kerjanya yang dia dengar dekat berita atau baca dekat surat khabar.
...............................................................
Tokbak memang sakit. Dia ada semput. Selalu keluar
masuk hospital. Selalu jugak pergi hospital untuk amik ubat. Tapi dia paling
tak suka duduk hospital. Ada je sebab dia nak balik umah. Tak selesa katanya. Macam
mana pun dia nak duduk kat umah dengan maktok aku. Tokbak sendiri pun jarang
ikut kitorang pergi jalan-jalan. Pergi beraya pun kadang-kadang dia tak ikut. Dia
kata, “nanti aku semput. Lecehlah. Takpe. Kau orang pergi jelah.”
Tokbak suke memasak. Dia rajin pergi kedai
tiap-tiap pagi, beli lauk dengan surat khabar sekali. Dia tak kisah. Tak pernah
pun dia merungut penat ke, apa ke. Memang itu rutin dia yang aku tau sejak
kecik lagi aku duduk umah dia. Pagi-pagi pukul 8 pegi kedai Babu denga Jia
Seng. Pukul 9 lebih dia baliklah. Nanti dia duduk dapur tolong maktok masak. Siang
ikan, siang ayam, siang sayur. Maktok tinggal buat rencah pastu masukkan
bahan-bahan. Kadang-kadang hari ni dia tanya, “esok kau nak makan lauk apa?”
nanti aku cakaplah, nak lauk gulai ayam ke, daging masak minangkabau ke, sotong
masak hitam ke, hohoho...
Kadang-kadang kalau dia tak de selara, dia
masaklah makanan feveret dia-mee suah. Mee yang macam sooh oon (some people eja
suhun) pastu kuah cam cair-cair sikit. Tak pun kalau dia rajin, dia masaklah
special sikit. Cam nasik lemak ke. Ada sekali tu dia dah beli dah bahan-bahan
nak masak nasi lemak. Beli kat pasar Larkin kot rasanya (tokbak memang sanggup
redah jalan sampai ke Pasar Larkin semata-mata nak cari bahan masak). Tiba-tiba
maktok kata maktok nak tido umah aku. Terus tokbak tukar plan.
“awak tidur rumah nora (mak aku)? Takpelah. Kawan
masak bubur jelah kalau macam tu.”
Huhuhu. Sebab dia nak makan sama-sama dengan
maktok. Tokbak memang caring loving sharing dengan maktok. Kalau maktok tidur
umah kitorang, mesti tokbak akan tepon. Winduuu <3 <3
Kalau bulan puasa, tokbak akan prepare air
yang paling sedap untuk berbuke iaitu sirap bandung+ais krim soda. Terbaekkkk!!
Bile nak raye, tokbak akan tolong maktok buat kek. Kek marble, kek kukus, kek
oren, kek coklat. Tokbak akan pegi kedai, beli tepung, telur dan sebagainya. Sampai
kat umah, tokbak akan pukul putih telur sampai kembang. Aku pun suke nyebok nak
tolong pukul jugak. Nanti tokbak bagi pemukul telur yang kecik , bagi aku pukul
telur dalam bekas besar yang sama. Tak sampai sepuluh menet aku dah penat.
yang besar untuk tokbak, yang kecik untuk cucu-cucu dia yang suke nyebok
Hahahaha!
Bila dia potong gula melaka jadik kecik2, aku akan mintak barang seketul dua
ketul gula untuk dimakan. Nanti dia bagi. Huahaha.
gule melaka yang dah dipotong!
Mase aku sekolah-sekolah dulu, tokbak lah yang
akan teman aku untuk tunggu van sekolah. Hari-hari macam tu. Balik sekolah pun
dia yang akan tunggu. Same goes with my little sister. Nanti tokbak bawakkan
beg kalau dia tengok kitorang cam penat sangat bawak beg berat. Yang salu kene
dengki dengan tokbak time sekolah ialah adik aku. Dia ni asal balik sekolah je
dia tanya tokbak, maktok masak apa. Nanti tokbak dengki dia. Tokbak cakap
maktok tak masaklah. Maktok belum masak lagilah. Haahaha. Pastu dia panggil
adik aku si comot. Sebab adik aku memang comot. Hahaha!
Aku ingat lagi masa kecik-kecik, aku nak jajan
Krispies nama dia. Tapi tokbak tak tau. Aku nak ikut dia pergi kedai,nak tunjuk
yang mana satu. Adik aku pulak tibe-tibe sebok nak ikut. Mak tak bagi. Last-last
dua-dua tak dapat pegi. Tokbak kata nanti tokbak balik tokbak tunjuk. Nanti bagitau
betul ke tak. Sekalinya, kat kedai tu Krispies da abes. Bila dia tanya uncle
Jia Seng sal Krispies, uncle tu trus tunjuk coklat Crispy. Bile tokbak bawak
balik, tunjuk kat aku, aku cakap bukan. Terus aku meraung pasal aku frust aku
tak dapat ikut tokbak nak tunjuk yang mana satu. Ni sume kau punye pasal nona!
:D
Tokbak kata takpe-takpe, dia patah balik kedai
pergi amik yang betul. Tapi sebab benda tu dah takde kan. Bape ari pastu lah
baru dapat. Mak suruh kitorang bagi pembalut Krispies kat tokbak. So dat tokbak
akan bawak pembalut tu dan cari Krispies yang betul J
ni yang kitorang nak (sygnye takde gmbr wrapper dia langsung)
ini pulak crispy yang tokbak dapatkn dari kedai hik3
Mse kecik-kecik kan kite akan main ape saje
yang bole dimain. Kitorang main bola ping pong nan sebijik. Entah cane bola tu
kemik. Aku tunjuk kat tokbak. Tokbak kata, mari sini, rendam bola tu dalam air
panas. Dia pun rendamkan. Tup-tup sejam pastu bola tu dah bulat semula. Yeay!! Tokbak
terror lah!
Last masa aku balik masa cuti krismas, 25
Disember tu aku pegi umah dia, sebelum aku balik 26 Disember esoknya. Sebelum pegi
umah maktok, kitorang belikan maktok kuey teau goreng. Tiba2 ternampak kat
kedai tu ada jual mee suah, so mak pun order mee suah untuk tokbak. Bila dah
nak sampai tu aku telefon lah tokbak, nak bagitau yang kitorang dah nak sampai
dan nak suruh dia bukakkan gate yang pastinya berkunci sebab diorang duduk dua
orang je. Sampai-sampai je, maktok kata, tokbak baru nak tepon mak, nak mintak
mak belikan mee goreng mamak sebab diorang lapar. Kebetulan mak datang bawak
makanan. Diorang pun makan. Tokbak makan mee suah dia, habis sebungkus. Agaknya
sebab dia lapar lagi, dia amik sikit kuey teau maktok. Aku tengok, wah, berseleranya
tokbak makan. Siap tambah lagi. Hepi aku tengok. J
inilah mee suah! yummy!
Rupenye, itulah kali terakhir aku jumpa dia,
salam dia, berbual dengan dia. Who knows, rite? 2 weeks after aku balik ke
terengganu, dia dah pergi. Mak kata tokbak pergi dalam keadaan yang mudah
sangat. Mak G nak datang umah maktok. Macam biasa, tokbak akan tunggu kat ruang
tamu sambil duduk kat kerusi dengan meja kopi. Tokbak memang selalu duduk
sambil tutup mata, sampai tertido. Hari tu pun sama. Tokbak tertidur. Tapi kali
ni untuk selama-lamanya. Tokbak takkan bangun lagi. Maktok yang duduk dalam
bilik pun tak sedar yang tokbak dah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir
dengan mudah tanpa ada satu bunyi pun. Sampailah mak G datang, barulah tahu
yang tokbak dah takde...
Jam 10.45 malam, tokbak disahkan telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir...
Al-Fatihah buat tokbak, maafkan cucu mu kerana
tidak dapat berada di Senai bagi melihat mu untuk kali yang terakhir... semoga
tokbak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...
Tokbak saya seorang anggota bomba yang sangat
tegas dan berdisiplin namun penuh dengan kasih sayang terhadap anak-anak dan
cucu-cucunya.
inilah tokbak saya. i miss u tokbak :')
No comments:
Post a Comment